Khamis, 7 Jun 2012

Website VIdeo

Anda boleh melayari laman web ini videomadu.blogspot.com untuk melihat proses-proses mengendalikan lebah kelulut ini.

Ladang Penternakan Lebah Kelulut

Ladang ini terletak di Merbok,Kedah berdekatan Muziun Arkeologi Merbok.Anda boleh kunjungi ladang penternakan lebah kelulut ini dan juga dapat melihat proses pengambilan madu.Anda juga boleh membeli madu kelulut di ladang ini.

Jenis Sarang Dan Botol Keluaran

Kami menyediakan madu dalam botol seperti saiz yang ditunjukkan dalam gambar.

Lebah Kelulut menghasilkan madu didalam sarang seperti yang ditunjukkan didalam gambar.Madu boleh terus diambil dari lubang-lubang sarang tersebut.

Lebah Kelulut mempunyai pelbagai jenis sarang.


Sabtu, 2 Jun 2012

Khasiat Madu Kelulut(2)

Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.
Produk propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh kelulut pekerja iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta makanan seperti debunga dan bunga.

Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak.

Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta mudah diserang penyakit

Kajian  turut mendapati madu kelulut mempunyai anti-oksidan yang tinggi, serta kaya dengan antibiotik semulajadi. Atas kelebihan itulah madu kelulut kini dicari mereka yang pentingkan kesihatan. Berbanding dengan madu lebah, madu kelulut dikatakan lebih kuat untuk tenaga batin. Rasanya yang manis dan sedikit masam serta tidak terlalu pekat menyebabkan ia mudah diambil. Seperti madu lebah, madu ini disyorkan diambil sesudu di waktu pagi dan malam, kalau boleh elakkan meminum madu menggunakan sudu keluli.  

Madu lebah kelulut dan mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit dilaporkan sembuh menggunakan rawatan tradisional produk lebah kelulut adalah diabetis, mellitus, strok, kanser, hipertensi, malah ada juga kes HIV/AIDS. Selain itu, madu kelulut juga boleh mengurangkan masalah sakit-sakit sendi. 

Madu Kelulut dihasilkan oleh lebah Kelulut - Sejenis lebah yang bersaiz kecil (sebesar saiz lalat). Khasiat Madu Kelulut termasuklah meningkatkan metabolisma badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman 

Membuat Tempahan

Assalamualaikum,anda boleh membuat tempahan secara online dan juga menghubungi nombor ini 0195086463(Jafri).

Selasa, 29 Mei 2012

TEMPAT PENGEDAR MADU KELULUT

ALAMAT TEMPAT BEKERJA DAN TEMPAT PENGEDAR MADU KELULUT


1. LADANG TERNAKAN KELULUT MADU, TRIGONA BEE ENTERPRISE,  NO. 24 JALAN BUKIT BATU PAHAT, 08400 MERBOK, KEDAH DARULAMAN.  (LOKASI SYARIKAT).

2. NO. 450, LORONG SEMARAK 7/1, TAMAN SEMARAK, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN.

3. NO. 149,LORONG SEMARAK 2, TAMAN SEMARAK, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN.

Khasiat Madu Kelulut


                
Khasiat Madu Kelulut
   Madu kelulut ini sudah lama diperkenalkan Cuma agak ketinggalan untuk mengetahui khasiat madu kelulut ini . Apa itu kelulut? Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga, namun ia lebih kecil dan tidak bersengat.Seperti lebah, kelulut ini juga berbentuk koloni sosial kompleks.Pihak MARDI telah menjalankan kajian terhadap spesies Kelulut ini dan mendapati negara kita ini mempunyai banyak spesies kelulut.Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 21 spesies Kelulut dan di Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan yang lebih luas dan hutannya yang lebih luas dan terjaga.Kelulut biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.
   Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya.Berbeza sedikit dengan madu biasa,madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah.Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat,anti fungus,anti bakteria dan anti radang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktiv dalam kosmetik ,krim dan tablet.Madu kelulut ini masih dalam kajian dan bakal dikomersilkan.
   Antioksidan ini banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser.Antara penyakit yang dilaporkan sumbuh melalui kaedah rawatan tradisional menggunakan propolis pula ialah penyakit diabetis  mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.Berdasarkan kajian yang dilakukan di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu kelulut ini mampu menurunkan paras glukos penyakit diabetis dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout.


                    HUBUNGI KAMI DI TALIAN
    TEL:019-5086463 (PEKERJA)
    H/P:019-5153020 (PENGARAH SYARIKAT)
    Sarang Kelulut
                                                                  
  PRODUK SYARIKAT