Selasa, 29 Mei 2012

Khasiat Madu Kelulut


                
Khasiat Madu Kelulut
   Madu kelulut ini sudah lama diperkenalkan Cuma agak ketinggalan untuk mengetahui khasiat madu kelulut ini . Apa itu kelulut? Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga, namun ia lebih kecil dan tidak bersengat.Seperti lebah, kelulut ini juga berbentuk koloni sosial kompleks.Pihak MARDI telah menjalankan kajian terhadap spesies Kelulut ini dan mendapati negara kita ini mempunyai banyak spesies kelulut.Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 21 spesies Kelulut dan di Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan yang lebih luas dan hutannya yang lebih luas dan terjaga.Kelulut biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.
   Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya.Berbeza sedikit dengan madu biasa,madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah.Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat,anti fungus,anti bakteria dan anti radang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktiv dalam kosmetik ,krim dan tablet.Madu kelulut ini masih dalam kajian dan bakal dikomersilkan.
   Antioksidan ini banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser.Antara penyakit yang dilaporkan sumbuh melalui kaedah rawatan tradisional menggunakan propolis pula ialah penyakit diabetis  mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.Berdasarkan kajian yang dilakukan di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu kelulut ini mampu menurunkan paras glukos penyakit diabetis dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout.


                    HUBUNGI KAMI DI TALIAN
    TEL:019-5086463 (PEKERJA)
    H/P:019-5153020 (PENGARAH SYARIKAT)
    Sarang Kelulut
                                                                  
  PRODUK SYARIKAT

1 ulasan:

  1. Pihak Kami sedang mengumpul ahli untuk menubuhkan Persatuan Penternak Kelulut Melayu Semenanjung Malaysia. Sila hubungi Abu Hassan (abuhsn@gmail.com)Terima kasih.

    https://www.facebook.com/groups/melliponiculture/ group antara para penggemar, penternak, pengumpul dan penyelidek tempatan serta antarabangsa. keahlian terbuka dan bahasa pengantar bebas.

    BalasPadam